Blog Persatuan Olahraga Amatur Melaka

Salam 1 Malaysia..

Bersyukurlah kita kepada Tuhan kerana memberi kesempatan yang baik untuk mewujudkan laman sesawang khas Persatuan Olahraga Amatur Melaka. Tujuan laman blog ini dibina adalah untuk memberi manfaat yang maksimum kepada semua warga Melaka khasnya serta warga seantero dunia di dalam menjayakan sukan Olahraga Negeri Melaka. Setelah beberapa perbincangan dibuat bersama ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Olahraga Amatur Melaka (POAM), kami berhasrat membina laman ini bagi memudahkan segala urusan berkaitan POAM menggunakan blog ini.

Kami akan memaparkan berita terkini berkaitan segala urusan berkaitan POAM kepada anda. Marilah sama-sama kita doakan agar usaha ini mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak.

Sekian, terima kasih.