Senarai Pegawai SIPMA 2011

Kepada semua pegawai teknik yang terpilih sila download senarai nama Pegawai Kejohanan Olahraga SIPMA Ke 4.
Taklimat Peg. Teknik  pada 07 Jun 2011, jam 2.45 ptg di Bilik Seninar ,Stadium Hang Jebat, Krubong.
Kehadiran adalah wajib. Tuan /puan digalakkan menggunakan baju rasmi Peg.Teknik KOAM untuk kejohanan ini
Sila hubungi En. John 0166487046 untuk memaklumkan kehadiran tuan/puan.

Senarai nama pegawai SIPMA 2011

Kejohanan Olahraga Terbuka & Remaja POA Melaka 2011

Tarikh: 14 - 15 Mei 2011
Tempat: Stadium Hang Jebat, Krubong Melaka.
Masa: 7.30 pagi - 6.00 petang

Blog Persatuan Olahraga Amatur Melaka

Salam 1 Malaysia..

Bersyukurlah kita kepada Tuhan kerana memberi kesempatan yang baik untuk mewujudkan laman sesawang khas Persatuan Olahraga Amatur Melaka. Tujuan laman blog ini dibina adalah untuk memberi manfaat yang maksimum kepada semua warga Melaka khasnya serta warga seantero dunia di dalam menjayakan sukan Olahraga Negeri Melaka. Setelah beberapa perbincangan dibuat bersama ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Olahraga Amatur Melaka (POAM), kami berhasrat membina laman ini bagi memudahkan segala urusan berkaitan POAM menggunakan blog ini.

Kami akan memaparkan berita terkini berkaitan segala urusan berkaitan POAM kepada anda. Marilah sama-sama kita doakan agar usaha ini mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak.

Sekian, terima kasih.